Saturday, October 17, 2009

Bencana Alam atau Bala?

“ Tuhan sengaja bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan. Mereka pun bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat kurniaan, lalu Tuhan timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa daripada mendapat sebarang pertolongan.” Hadis riwayat Ahmad

Begitulah lumrah hidup kita di dunia ini, bila kesenangan melimpah datang kepada kita, kita makin lupa akan kehebatan Sang Pencipta.Kita merasakan diri kita adalah segala-galanya,dan bercakap pasal kesenangan yang melimpah ruah ini, semestinya pernah terdetik di minda kita, kenapa ALLAH masih mengurniakan “rahmat” dan rezeki yang melimpah ruah kepada golongan kafir, sedangkan membiarkan orang-orang beriman dan taat kepadaNya dalam keadaan yang miskin dan susah.

Namum wajarkah kita bersikap sedemikian dengan Sang Pemberi Rezeki. Bukankah itu suatu dosa besar? walaubagaimanapun inilah hakikat hidup di dunia ini. Bab kata seorang pujangga islam, “ dunia ini merupakan neraka bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir”

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-Ankabut 29: 2,3)













Sebelum dan selepas gempa.



Begitulah nasib yang telah menimpa saudara-saudara kita di Padang, Indonesia. Allah telah menurunkan satu bencana yang dahsyat untuk diterima oleh manusia yang lemah ini. Mereka sebelum ini Allah telah bukakan pelbagai pintu sumber kemewahan kepada mereka, yang membuatkan mereka terus hanyut di bawa arus dunia. Bab kata pepatah melayu, “di sangkakan panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tangah hari”. Namun kes di Padang Indonesia ini bukan lagi setakat hujan, namun di selangi dengan “guruh dan halilintar” sekali. Peristawa gempa bumi yang cukup dasyat itu telah mengubah landscape Padang yang sebelum ini terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik di Indonesia kepada sebuah negeri yang tidak ubah bersifat padang jarak padang terkukur.

Persoalannya, mengapakah ini semua terjadi, adakah ini kerana sudah menjadi aturan alam atau lebih tepat bencana alam? Atau ianya merupakan bala yang di kirimkan oleh Allah kepada hambanya yang sentiasa melupakannya?
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
(Ar-Ruum 30:41)

Namun manusia seakan-akan melupakan kenyataan yang telah ALLAH rakamkan melalui firmannya ini. Manusia dengan rakus membuat kerosakkan di muka bumiNya, demi memenuhi tuntutan nafsu mereka. Mereka tidak pernah memikirkan kesan yang bakal mereka tanggung akibat perbuatan mereka itu. Tidak cukup membuat kerosakkan pada hasil bumi, mereka juga merosakkan akhlak penduduk-penduduk(terutama yang Islam) dengan menganjurkan pelbagai maksiat di sana sini. Mereka menjadikan maksiat berleluasa di muka bumi ini. Ajaran agama sudah semakin jauh dalam kehidupan mereka, maka tidak mustahillah Allah mengirimkan semua ini pada mereka.

Walau bagaimanapun, seperti yang kita ketahui, setiap bencana yang di kirimkan olehNya merupakan salah satu cara Allah mengkifaratkan dosa hamba-hambaNya yang beriman semasa di dunia sebelum mereka kembali menemui Allah di akhirat kelak, agar mereka dapat kembali kepadaNya dalam keadaan yang bersih sepertimana di saat kelahiran mereka dahulu. Begitulah menunjukkan betapa pemurahnya sifat Allah terhadap hambanya, namun sedikit sangat hambaNya yang mahu mengambil pengajaran di atas setiap perkara yang terjadi di sekitar mereka.

Sebelum aku mengakhiri coretan kali ini, ingin ku mengetuk minda pembaca-pembaca sekalian (termasuk diri ini) dengan beberapa persoalan:
1- Mengapakah agaknya kita sering terdengar negara-negara yang majoritinya umat islam sering kali di landa bencana (bala)?
2- Mengapa Allah tidak memelihara kawasan yang majority umat Islam ini?
3- Dan yang terakhir, kita(Malaysia) sering kali melihat negara-negara jiran kita di timpa berbagai bentuk bencana atau musibah, namun pernahkah kita ingin mengambil pengajaran dari setiap kejadian menimpa mereka?


http://hisyamalfattah.blogspot.com/2009/10/bencana-alam-atau-bala.html

Friday, October 9, 2009

Penduduk Islam 1.57 bilion

WASHINGTON - Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.

Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.

Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.

"Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.

Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.

Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.

Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.

Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.

Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.

Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta). - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm