Sunday, January 31, 2010

Sirami hati anda dengan Al-Quran



oleh : hafizquran

Meskipun ramai yang memahami prinsip dan konsep sesebuah 'pandangan' , namun tak semua orang boleh menerimanya. Terdapat sebilangan besar manusia yang gagal bersikap terbuka dalam mendepani perbezaan pendapat.

Fenomena ini bertambah parah apabila masing2 mula mencampur adukkan emosi dan dendam ke atas setiap perbincangan dan perbahasan. Hasilnya, isu yang ingin dibincangkan terabai, yang tinggal hanyalah pergaduhan dan permusuhan yang berpanjangan.

Justeru, di tengah2 kehangatan dan 'kepanasan' hati masing2, saya ingin sekali mengajak - meskipun suara saya mungkin tidak didengari - supaya kita kembali kepada satu keadaan yang lebih rasional dan tenang. Ini kerana setiap pandangan mahupun pendapat yang dilontarkan secara tergesa2 atau dalam keadaan emosi tidak stabil, marah dan sebagainya, akan dicemari oleh anasir2 yang tidak baik.

Antara alternatif terbaik dalam mencari sedikit ketenangan yang berharga dan berguna kepada hati , jiwa dan akal kita adalah dengan membaca Al-Quran. Ia ibarat air sejuk yang mendamaikan apabila disiram ke atas hati yang sedang panas.

Saya tidak mahu berprejudis dengan sesiapa, tetapi saya berdoa dan berharap, semoga mereka2 di kalangan kita yang seronok berhujah, berdebat mahupun bergaduh- tidak lalai dari membaca sekurang2nya setengah juzuk Al-Quran setiap hari. Sekurang2nya, ada waktu khusus untuk mereka bersama Al-Quran , umpamanya selepas solat.

Amat malang jika ada yang menafikan perkara penting sebegini, dengan mengatakan ianya tidak perlu, atau tidak usah diberi perhatian- kerana mereka2 yang bersikap sebeginilah kebiasaannya akan menulis atau berhujah dengan 'kebatilan yang bertopengkan kebenaran'. Akhirnya hanya fitnah dan permusuhan yang kian merebak dan membarah dalam masyarakat.

Hendak menulis tidak salah. Hendak berceramah tidak salah. Hendak berhujah atau melontarkan pendapat, juga tidak salah. Namun , saya dengan rendah diri menyeru supaya, sebelum kata terlepas dari mulut, sebelum tangan berlari di atas keyboard, dan sebelum otak bergeliga mencari hujah, baca dan siramilah hati anda dengan bacaan Al-Quran. Kalau malas sangat pun, pasanglah cd atau kaset, ambil masa untuk dengar dan hayati.

Lagi elok, cuba buat eksperimen tentang ke'stabilan' diri anda dalam keadaan melupakan Al-Quran, dan ketika mengepit Al-Quran bersama2 anda. Mudah2an di sana akan ditemui kebenaran dalam hujah yang anda perjuangkan.

Sekian.


http://hafizquran.blogspot.com/2010/01/sirami-hati-anda-dengan-al-quran.html

No comments: